Majlis perasmian Bulan Nilam telah diadakan pada 20 Mac 2011 yang dirasmikan oleh En Idris b. Ahmad, Pengetua SMK Jabi. Antara aktiviti yang dilaksanakan sempena bulan Nilam adalah :
Kuiz Bertema
Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar, memantapkan kemahiran mencari maklumat disamping menambah pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang ilmu. Aktiviti ini diadakan pada 21-31 Mac 2011( sesi pagi) dan 28 Mac 2011( sesi petang).
Pemenang Kuiz Bertema
sesi pagi
1. Nor Yusmawarni bt ghazali 3B
2. Maziah bt. Mohd Yusuf 5B
3. Nur Shuhaila Abdullah 5C
Sesi petang
1. Nurul Faiedzah bt Achit 1B
2. Anis Syahirah bt Abd Rahim 1B
3. Nur Izayani Abd rahim 2B
Sudut Bacaan Paling Ceria
Pertandingan ini diadakan pada 20 Mac – 03 April 2011 ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalanga pelajar dan memupuk semangat kerjasama menghasilkan sudut bacaan.
Senarai pemenang
1. Tingkatan 4A
2. Tingkatan 3B
3. Tingkatan 5B
4. Tingkatan 4B
Pertandingan Bercerita
Pertandingan ini berlangsung pada 24 Mac 2011, bertempat di Kafeteria SMK Jabi. Okjektif bagi pertandingan ini ialah memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar disamping memantapkan kemahiran menyampaikan maklumat daripada bahan yang dibaca.
Senarai Pemenang
1. Nur Faizah bt Abd Halim 1C
2. Nur Farisha bt Azhar 1B
3. Nurhasslin Nasihah bt. Mohd Hassan
Pertandingan Ilustrasi Sinopsis Buku
Pertandingan ini berlangsung pada 27 Mac 2011. Pertandingan ini bertujuan untuk memantapkan penguasaan Komsas dalam kalangan pelajar dan mencungkil kreativiti pelajar mengungkap sinopsis buku yang dibaca dalam bentuk gambar.
Senarai Pemenang
1. Nurlina Azwa bt Zainal Abidin 4B
2. Nursuriati bt Md Isa 5D
3. Abd Wafi b. Abd Halim 4B
Pameran Buku
Pameran ini berlangsung di Kafeteria SMK Jabi pada 28 Mac 2011. Pameran ini bertujuan untuk menyemai budaya membaca dalam kalangan warga SMK Jabi.
Jejak maklumat
Diadakan pada 29 Mac 2011 dan bertujuan untuk memantapkan kemahiran mencari maklumat dalam pelbagai bahan dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.
Senarai Pemenang
1. Kelab Pembimbing Rakan Sebaya
2. Kelab Rakan Muda
3. Persatuan Bahasa Melayu
4. Kelab Petaque
5. Persatuan Bulan Sabit Merah
6. Pasukan Unit Trafik
Majlis penutupan bulan Nilam diadakan pada 05.04.2011. Tn Haji Abd Nasir b. Ahmad, Penolong Kanan HEM telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan yang diadakan. Tn Haji Abd Nasir juga menyampaikan hadiah kepada guru-guru yang mengambil bahagian dalam pertandingan kuiz. Majlis penutup diserikan dengan persembahan bercerita oleh Nurfaezah, iaitu johan pertandingan bercerita bagi tahun 2011.